Sabtu, 24 April 2010

Selamat Ulang Tahun ke 24 - Belia 4B Keramat Jaya



Pada 26 April 2010 tahun ini, genaplah usia Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Keramat Jaya yang ke 24 tahun. Alhamdulillah, usia 4B Keramat Jaya begitu teguh sehingga ke hari ini. Apa yang membuat 4B Keramat Jaya wujud sehingga ke hari ini adalah berkat usaha semua ahli-ahlinya sambil disokong oleh pemimpin yang begitu sayangkan Belia 4B Keramat Jaya.

Kami berasa amat bersyukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia 4B Keramat Jaya ini. Dengan genapnya usia 4B Keramat Jaya yang ke-24 ini, kami berharap dapat membantu belia-belia Melayu untuk mencapai apa yang dicita-citakan oleh mereka semua, khususnya kepada belia di kawasan perumahan ini.

Apa harapan kami pada tahun ini adalah dengan pencalonan Belia 4B Keramat Jaya dalam Anugerah Belia Negara 2010 (ABN2010) Peringkat Kebangsaan. Kami berasa amat kerdil sekali untuk dibandingkan dengan semua calon-calon ABN 2010 yang dikatakan sangat hebat berbanding dengan kami.

Apa yang diharapkan, semoga Belia 4B Keramat Jaya semoga kekal dan terus berdiri teguh di KERAMAT JAYA.......

Rabu, 21 April 2010

Tahniah Gerakan Belia 4B Keramat Jaya

Gerakan Belia 4B Keramat Jaya, Kuala Lumpur telah berjaya menempatkan diri di dalam Anugerah Belia Negara 2010 peringkat Kebangsaan seterusnya mewakili Kuala Lumpur pada peringkat tersebut.

Diharapkan, dengan pencalonan Gerakan Belia 4B Keramat Jaya yang mewakili Kuala Lumpur dapat menjadi pemangkin kepada ahli-ahlinya untuk terus bergerak dengan lebih maju lagi. Diharapkan juga, semoga dengan pencalonan ini juga, menjadi pemangkin kepada Persatuan belia yang ada di seluruh Kuala Lumpur untuk menjadikan kami sebagi role model anda semua.

Jawatankuasa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan-mantan ketua belia Keramat Jaya kerana telah menjadi penggerak kepada belia-belia Keramat Jaya untuk terus bergerak dengan lebih maju lagi.

Sabtu, 27 Februari 2010

BIRO SUKAN - LATIHAN BOLA JARING


Latihan
Jumaat 8.00 - 10.00 malam
Sabtu dan Ahad 7.00 - 9.00 pagi
Sessi latihan diketuai oleh Sdri Raja Noraini Raja Sarudin dan Sdri Yuslihasliza Abd.Hamid Bersama Pengurus Pasukan Sdri.Zalina Abdullah.

Jumaat, 23 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI RAYA







Gabungan Pertubuhan dan Persatuan dari Perumahan Awam Sri Perlis 2 iaitu Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Kelab Warga Emas, Badan Kebajikan, Belia 4B Keramat Jaya serta Majlis Belia Kawasan Titiwangsa telah berjaya menganjurkan Jamuan Sambutan Hari Raya pada 17 Oktober 2009 ( Sabtu) di Padang permainan Blok A dan B Perumahan Awam Sri Perlis 2 Keramat Jaya. Sekitar lebih 500 orang dari penghuni dan jemputan luar yang hadir . Tetamu jemputan terdiri daripada para pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Sentul, DBKL , Exco Majlis Belia , Exco Belia 4B Kawasan Titiwangsa serta dari Dato; Johari Abdul Ghani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa.
Kemeriahan ini dirasai dengan kehadiran pelbagai peringkat umur dan semua golongan muda dan usia emas. Ini amat dirasai oleh Pengerusi J/Kuasa Pelaksanan, Tuan Haji Ibrahim Yahya. Dengan gadingan Jawatankausa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa diketuai oleh Sdra. Latiff Abu Hasan, telah membuat satu kelainan bagi menyambut sambutan Hari Raya tersebut.
Selain menjamu selera pelbagai aneka , para tetamu di sembahkan pertunjukan bunga api dan pertandingan pakaian raya bagi kategori kanak-kanak dan pasangan keluarga.
Semoga acara ini akan dijadikan agenda tahunan dan secara tidak langsung dapat mengembalikan persefahaman dan ikatan silaraurahim sesama penghuni.

Isnin, 12 Oktober 2009

Rombongan Keluarga ke Hatyai

Rombongan Keluarga Belia ke Hatyai, Songkla, Thailand akan di adakan pada tarikh seperti berikut:-

Tarikh
Minggu Ke 2 Bulan Februari 2010
Jumaat, Sabtu dan Ahad

Tempat
Hatyai, Songkla, Thailand.

Bayaran Individu
RM350.00 ( dewasa )
RM250.00 ( Kanak-kanak berumur 4-12 tahun sahaja)

Bayaran Pakej Berkeluarga
RM 1100 ( 2 dewasa dan 2 anak )

Pakej termasuk Perjalanan pergi/balik, Penginpan Hotel 2 malam,Tour sekitar bandar Hatyai/Songkla, Insuran Perjalanan Berkelompok dan 1 Hidangan Seafood dan buffet makan Malam.

Sesiapa ahli-ahli belia yang berminat menyertai rombongan tersebut bolehlah hubungi terus Ketua Belia dan Setiauasaha Belia 4B Keramat Jaya untuk tempahan awal.

Ahad, 23 Ogos 2009

PROGRAM AMAL BUBUR LAMBUK BELIA

Program Amal Bubur Lambuk Belia telah diadakan di Teratak Blok C Perumahan Awam Sri Perlis 2 (Keramat Jaya). Penyediaan makanan Bubur Lambur di selaraskan oleh Sdra. Raja Norhasnan Bin Raja Hamid, AJK Belia 4B Keramat jaya dengan beberapa ahli yang lain. Sebanyak 2 periuk besar dianggarkan 450 mangkuk plastik dapat disediakan. Kesemua bubur tersebut diagihkan kepada semua penghuni-penghuni perumahan awam Sri Perlis 2 termasuk surau iklasiah Keramat Jaya.
Penyediaan Bubur ini turut dibantu oleh Encik
Din bersama Jiran yang terdekat.


















Sabtu, 1 Ogos 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BELIA 4B CAWANGAN KERAMAT JAYA

Belia 4B (M) Cawangan Keramat Jaya telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ke 20 pada 18 Ogos 2009 di Pejabat Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2. Tetamu khas diundang terdiri daripada Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya selaku Pengerusi Rukun Tetangga Perumahan Awam Sri Perlis 2 serta Sdr. Azahari, Pengerusi, Belia 4B (M) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Sdra. Hamizi Bin Mat@Juah, Pengerusi Belia 4B Kawasan Titiwangsa.












BENGKEL KAJIAN PENGURUSAN PERSATUAN BELIA

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PERSATUAN BELIA


Kursus Peningkatan Profesionalisme Persatuan Belia Peringkat Kawasan Titiwangsa.