Ahad, 23 Ogos 2009

PROGRAM AMAL BUBUR LAMBUK BELIA

Program Amal Bubur Lambuk Belia telah diadakan di Teratak Blok C Perumahan Awam Sri Perlis 2 (Keramat Jaya). Penyediaan makanan Bubur Lambur di selaraskan oleh Sdra. Raja Norhasnan Bin Raja Hamid, AJK Belia 4B Keramat jaya dengan beberapa ahli yang lain. Sebanyak 2 periuk besar dianggarkan 450 mangkuk plastik dapat disediakan. Kesemua bubur tersebut diagihkan kepada semua penghuni-penghuni perumahan awam Sri Perlis 2 termasuk surau iklasiah Keramat Jaya.
Penyediaan Bubur ini turut dibantu oleh Encik
Din bersama Jiran yang terdekat.