Sabtu, 24 April 2010

Selamat Ulang Tahun ke 24 - Belia 4B Keramat Jaya



Pada 26 April 2010 tahun ini, genaplah usia Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Keramat Jaya yang ke 24 tahun. Alhamdulillah, usia 4B Keramat Jaya begitu teguh sehingga ke hari ini. Apa yang membuat 4B Keramat Jaya wujud sehingga ke hari ini adalah berkat usaha semua ahli-ahlinya sambil disokong oleh pemimpin yang begitu sayangkan Belia 4B Keramat Jaya.

Kami berasa amat bersyukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia 4B Keramat Jaya ini. Dengan genapnya usia 4B Keramat Jaya yang ke-24 ini, kami berharap dapat membantu belia-belia Melayu untuk mencapai apa yang dicita-citakan oleh mereka semua, khususnya kepada belia di kawasan perumahan ini.

Apa harapan kami pada tahun ini adalah dengan pencalonan Belia 4B Keramat Jaya dalam Anugerah Belia Negara 2010 (ABN2010) Peringkat Kebangsaan. Kami berasa amat kerdil sekali untuk dibandingkan dengan semua calon-calon ABN 2010 yang dikatakan sangat hebat berbanding dengan kami.

Apa yang diharapkan, semoga Belia 4B Keramat Jaya semoga kekal dan terus berdiri teguh di KERAMAT JAYA.......

Rabu, 21 April 2010

Tahniah Gerakan Belia 4B Keramat Jaya

Gerakan Belia 4B Keramat Jaya, Kuala Lumpur telah berjaya menempatkan diri di dalam Anugerah Belia Negara 2010 peringkat Kebangsaan seterusnya mewakili Kuala Lumpur pada peringkat tersebut.

Diharapkan, dengan pencalonan Gerakan Belia 4B Keramat Jaya yang mewakili Kuala Lumpur dapat menjadi pemangkin kepada ahli-ahlinya untuk terus bergerak dengan lebih maju lagi. Diharapkan juga, semoga dengan pencalonan ini juga, menjadi pemangkin kepada Persatuan belia yang ada di seluruh Kuala Lumpur untuk menjadikan kami sebagi role model anda semua.

Jawatankuasa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan-mantan ketua belia Keramat Jaya kerana telah menjadi penggerak kepada belia-belia Keramat Jaya untuk terus bergerak dengan lebih maju lagi.

Sabtu, 27 Februari 2010

BIRO SUKAN - LATIHAN BOLA JARING


Latihan
Jumaat 8.00 - 10.00 malam
Sabtu dan Ahad 7.00 - 9.00 pagi
Sessi latihan diketuai oleh Sdri Raja Noraini Raja Sarudin dan Sdri Yuslihasliza Abd.Hamid Bersama Pengurus Pasukan Sdri.Zalina Abdullah.