Jumaat, 23 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI RAYA







Gabungan Pertubuhan dan Persatuan dari Perumahan Awam Sri Perlis 2 iaitu Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, Kelab Warga Emas, Badan Kebajikan, Belia 4B Keramat Jaya serta Majlis Belia Kawasan Titiwangsa telah berjaya menganjurkan Jamuan Sambutan Hari Raya pada 17 Oktober 2009 ( Sabtu) di Padang permainan Blok A dan B Perumahan Awam Sri Perlis 2 Keramat Jaya. Sekitar lebih 500 orang dari penghuni dan jemputan luar yang hadir . Tetamu jemputan terdiri daripada para pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Sentul, DBKL , Exco Majlis Belia , Exco Belia 4B Kawasan Titiwangsa serta dari Dato; Johari Abdul Ghani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa.
Kemeriahan ini dirasai dengan kehadiran pelbagai peringkat umur dan semua golongan muda dan usia emas. Ini amat dirasai oleh Pengerusi J/Kuasa Pelaksanan, Tuan Haji Ibrahim Yahya. Dengan gadingan Jawatankausa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa diketuai oleh Sdra. Latiff Abu Hasan, telah membuat satu kelainan bagi menyambut sambutan Hari Raya tersebut.
Selain menjamu selera pelbagai aneka , para tetamu di sembahkan pertunjukan bunga api dan pertandingan pakaian raya bagi kategori kanak-kanak dan pasangan keluarga.
Semoga acara ini akan dijadikan agenda tahunan dan secara tidak langsung dapat mengembalikan persefahaman dan ikatan silaraurahim sesama penghuni.

Isnin, 12 Oktober 2009

Rombongan Keluarga ke Hatyai

Rombongan Keluarga Belia ke Hatyai, Songkla, Thailand akan di adakan pada tarikh seperti berikut:-

Tarikh
Minggu Ke 2 Bulan Februari 2010
Jumaat, Sabtu dan Ahad

Tempat
Hatyai, Songkla, Thailand.

Bayaran Individu
RM350.00 ( dewasa )
RM250.00 ( Kanak-kanak berumur 4-12 tahun sahaja)

Bayaran Pakej Berkeluarga
RM 1100 ( 2 dewasa dan 2 anak )

Pakej termasuk Perjalanan pergi/balik, Penginpan Hotel 2 malam,Tour sekitar bandar Hatyai/Songkla, Insuran Perjalanan Berkelompok dan 1 Hidangan Seafood dan buffet makan Malam.

Sesiapa ahli-ahli belia yang berminat menyertai rombongan tersebut bolehlah hubungi terus Ketua Belia dan Setiauasaha Belia 4B Keramat Jaya untuk tempahan awal.