Kemeriahan ini dirasai dengan kehadiran pelbagai peringkat umur dan semua golongan muda dan usia emas. Ini amat dirasai oleh Pengerusi J/Kuasa Pelaksanan, Tuan Haji Ibrahim Yahya. Dengan gadingan Jawatankausa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa diketuai oleh Sdra. Latiff Abu Hasan, telah membuat satu kelainan bagi menyambut sambutan Hari Raya tersebut.
Selain menjamu selera pelbagai aneka , para tetamu di sembahkan pertunjukan bunga api dan pertandingan pakaian raya bagi kategori kanak-kanak dan pasangan keluarga.
Semoga acara ini akan dijadikan agenda tahunan dan secara tidak langsung dapat mengembalikan persefahaman dan ikatan silaraurahim sesama penghuni.